Wellcome to Kg.Brunei
Asal Usul Daerah Membakut
- MEMBAKUT 'berasal dari perkatan 'BAKUT' yang membawa maksud 'KOTA'.
- 'MEM' adalah kata perbualan apabila digabungkan 'MEMBAKUT' bermaksud 'MEMBUAT KOTA'.
- Membakut asalnya nama sebuah kampung yang diduduki oleh suku kaum Brunei yang terletak ditebing sungai kira-kira 5km dari pantai (laut), kini kampung tersebut dinamakan Kg. Brunei.
- Membakut dijadikan nama Pekan untuk mengantikan nama asalnya 'BUA'.
- Idea ini adalah hasil daripada Ketua Masyarakat iaitu Allahyarham OKK Hj. Saman Bin Md. Yaakub.
- Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898.
- Pekan ini pada masa dahulu tertakluk dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo.
- Keluasan/topografi Daerah Membakut ialah 132.8km (83 batu persegi) "approximate". Daerah Membakut menpunyai Topographi lokasi daerah yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut dimana didapati 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit.
- Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing-tebing sungai.
- Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990 penduduk pekan ini telah bertambah kira-kira 17,169 orang, kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai hampir 21,900 orang.
- Penduduk daerah ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian ,perternakan, nelayan dan pengangkutan.
- Dari segi bidang pertanian, tanaman utama penduduk disini ialah padi. Padi diusahakan 2 kali setahun. Selain daripada padi, koko, sagu, kepala sawit dan getah juga diusahakan berkelompok.
- Bidang penternakan diusahakan melalui perseorangan seperti menternak lembu tenusu,skim pawah,ayam dan itik. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak sentiasa memberikan bantuan teknikal dan subsidi untuk meningkatkan mutu pengeluaran kepada penternak.
- Nelayan di daerah ini tertumpu kepada Kaum Brunei dan hasil tangkapan mereka dihantar ke pasar Pekan Membakut dan Kuala Penyu.
- Dari segi pengangkutan para individu menjalankan operasi bas mini dari Pekan Membakut ke Kota Kinabalu dan Beaufort.
Kampung Pimping mendapat namanya daripada perkaraan ‘Pimpin’ dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘lalang’- dahulunya sebelum kampung ini didiami orang, terdapat banyak lalang tumbuh dimerata rata tempat sehinggakan pokok-pokok dan tumbuhan lain tidak menjadi. Orang-orang Kadazandusun menjadikan tempat ini kawasan berburu. Apabila musim kemarau pemburu-pemburu ini membakar lalang-lalang ini untuk membolehkan lalang muda tumbauh dan masa itulah rusa dan pelanduk berkumpul meragut daun lalang muda yang segar sebagai makanannya maka ketika itulah mereka memburu. |
No comments:
Post a Comment