Sunday, 27 October 2013

                            Wellcome to Kg.Brunei

Asal Usul Daerah Membakut
  • MEMBAKUT 'berasal dari perkatan 'BAKUT' yang membawa maksud 'KOTA'.
  • 'MEM' adalah kata perbualan apabila digabungkan 'MEMBAKUT' bermaksud 'MEMBUAT KOTA'.
  • Membakut asalnya nama sebuah kampung yang diduduki oleh suku kaum Brunei yang terletak ditebing sungai kira-kira 5km dari pantai (laut), kini kampung tersebut dinamakan Kg. Brunei.
  • Membakut dijadikan nama Pekan untuk mengantikan nama asalnya 'BUA'.
  • Idea ini adalah hasil daripada Ketua Masyarakat iaitu Allahyarham OKK Hj. Saman Bin Md. Yaakub.
  • Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898.
  • Pekan ini pada masa dahulu tertakluk dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo.
  • Keluasan/topografi Daerah Membakut ialah 132.8km (83 batu persegi) "approximate". Daerah Membakut menpunyai Topographi lokasi daerah yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut dimana didapati 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit.
  • Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing-tebing sungai.
  • Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990 penduduk pekan ini telah bertambah kira-kira 17,169 orang, kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai hampir 21,900 orang.
  • Penduduk daerah ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian ,perternakan, nelayan dan pengangkutan.
  • Dari segi bidang pertanian, tanaman utama penduduk disini ialah padi. Padi diusahakan 2 kali setahun. Selain daripada padi, koko, sagu, kepala sawit dan getah juga diusahakan berkelompok.
  • Bidang penternakan diusahakan melalui perseorangan seperti menternak lembu tenusu,skim pawah,ayam dan itik. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak sentiasa memberikan bantuan teknikal dan subsidi untuk meningkatkan mutu pengeluaran kepada penternak.
  • Nelayan di daerah ini tertumpu kepada Kaum Brunei dan hasil tangkapan mereka dihantar ke pasar Pekan Membakut dan Kuala Penyu.
  • Dari segi pengangkutan para individu menjalankan operasi bas mini dari Pekan Membakut ke Kota Kinabalu dan Beaufort.


KAMPUNG PIMPING

Kampung Pimping mendapat namanya daripada perkaraan ‘Pimpin’ dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘lalang’- dahulunya sebelum kampung ini didiami orang, terdapat banyak lalang tumbuh dimerata rata tempat sehinggakan pokok-pokok dan tumbuhan lain tidak menjadi. Orang-orang Kadazandusun menjadikan tempat ini kawasan berburu. Apabila musim kemarau pemburu-pemburu ini membakar lalang-lalang ini untuk membolehkan lalang muda tumbauh dan masa itulah rusa dan pelanduk berkumpul meragut daun lalang muda yang segar sebagai makanannya maka ketika itulah mereka memburu.
Pada kira-kira tahun 1824 barulah kawasan ini dihuni oleh penduduk yang berpindah secara peringkat-peringkat dari sebuah perkampungan di hulu sungai pimping iaitu perkampungan ‘Rumah Lama’ tiga kilometer dari perkampungan sekarang.
Perpindahan besar-besaran berlaku apabila kampung ‘Rumah Lama’ diserang oleh wabak penyakit cacar atas arahan pentadbiran British waktu itu, penduduk kampung rumah lama diminta berpindah ke kawasan perkampungan baru iaitu di ‘Pimpin’.
Masa terus berlalu, perkataan ‘pimpin’ turut berubah. Orang-orang Brunei merasakan perkataan ‘pimpin’ itu sebenarnya ‘pimping’ secara kebetulan waktu itu, di kawasan ini banyak terdapat ‘Burung Pimping’ dari situlah maka kawasan ini dikenali sebagai ‘Pimping’.
Penduduknya seramai_____________orang adalah 90% suku kaum Brunei beragama Islam. Selebihnya adalah suku kaum Kadazandusun yang kebanyakannya bersawah padi, penoreh getah dan penternak, khususnya penternak kerbau berniaga dan bekerja samada dengan kerajaan, swasta dan badan-badan berkanun.
Dahulunya sebuah perkampungan kecil, kini ‘Pimping’ telah banyak berubah menjadi sebuah perkampungan yang serba lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat morden.
Kampung Pimping terletak 6km dari Pekan membakut. Kampung ini, adalah yang termaju di kawasan Membakut. Bilangan penduduk yang layak mengundi adalah melebihi dua ribu orang, ia adalah pengundi yang terbesar di kawasan 9 Daerah Mengundi disini.